Search

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 47)

Singapura...

  • Share this:

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 47)

Singapura

Saya dah terbang merata-rata satu dunia. Tetapi saya belum sampai di negara jiran paling dekat. Waktu belajar di Kuwait, macam2 cerita saya dengar dari rakan2 Singapura. Cara hidup. Rumah tempat tinggal. Sukan. Teknologi. Pusat membeli belah.

Di awal tahun 2000an, saya dilantik sebagai penasihat Syariah di Keppel Takaful. Keppel adalah sebuah syarikat gergasi. Saya tidak faham sangat kenapa mereka berminat wujudkan skim Takaful di Singapura & menggunakan indeks Islam Dow Jones sebagai indeks rujukan (saya juga di badan penasihat Syariah indeks Islam Dow Jones).

Suasana kewangan di Singapura amat berbeza dengan Malaysia & juga di Timur Tengah. (Nanti saya ceritakan ini semua dalam buku perjalanan kerjaya saya). Saya mula teruja dengan suasana kompetitif yang tinggi di Singapura. Semuanya berlumba2. Cepat.

Selepas beberapa kali hadir mesyuarat di Singapura & menghadiri program sosial dengan masyarakat Islam di malam hari atau hujung minggu, saya terlintas nak bawa keluarga saya melancung ke Singapura. Sejak pulang dari St Andrews, mereka tidak pernah ke luar negara.

Saya beritahu hasrat saya kepada Keppel nak bawa keluarga saya bercuti selama 3 malam di Singapura. Saya terkejut bila dapat email daripada mereka, "Kami akan tanggung semua perbelanjaan melainkan tiket kapal terbang".

Kami mendapat perkhidmatan dari 'door to door'. Semua tempat menarik di Singapura ada dalam senarai lawatan. Dari yang tradisional kepada moden, night safari ke pusat membeli belah, pusat bandar ke resort & taman permainan. Saya dapat rasa anak2 saya puas sangat. Saya tidak tahu kenapa saya dapat layanan sebegini. Ini yang pertama & terakhir.

Apa yang saya belajar? Pengurusan perlancungan di sina disusun kemas secara teliti & berjadual. Kenderaan. Masa. Tempat makan. Jadual & acara.

Saya juga belajar erti hospitaliti yang tinggi. Bila saya masuk wad di KL, Keppel menghantar sebuah basket bunga & buah. Amat besar ertinya. Jarang syarikat2 yang saya jadi penasihat Syariah mereka buat macam ini.

Kemudian, Keppel Takaful dibeli oleh HSBC. Saya meletak jawatan sebagai penasihat Syariah 2 tahun lepas itu.

#terbangbersamamdb

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts